Doa Melembutkan Hati Anak Yang Degil
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut ya
ng istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang di rahmati Allah,
Sebagai ibu bapa yang mahukan anak yang bijak, aktif dan soleh, ada
pelbagai cara psikologi boleh dilakukan bagi menjadikan anak anda
seperti yang anda ingini. Insyaa allah...
Selain daripada mendapatkan nasihat pakar kanak-kanak menghadapi anak
yang degil, anda boleh juga amalkan doa di bawah. Doa yang lazim
diamalkan oleh ibu-ibu ketika memasak di dapur...
Doa Melembutkan Hati Anak Yang Degil
src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTOynoaMGW0a0QSUZuCIEaxjUFF6Se1wHtIu2ExSQTIiLNh8Y9xGeAYZJhUwXxHrVLG8fJhluPgQAtsCv6kIjvD_yBK6moaxfCnL_F569staamHlvdRsPWfC4hPHnM84Gc3DQFHS2une4/s640/21212.png"
height="314" border="0" width="640">
Doa melembutkan hati anak yang degil dalam rumi:
Allahulathiifum bi'ibaadihii, yarzuqumayyasak' wahuwal qawiyyul 'aziiz...
Maksudnya:
Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas
kasihanNya) terhadap hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa
yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan
Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah As-Syuraa, Ayat: 19)
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya.
Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan
izin Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
Selamat mencuba. Kita berdoa dan berusaha dengan cara yang baik, insyaa
Allah doa kita akan dimakbulkan. Teruskan berusaha untuk membina
keluarga cemerlang.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jangan lupa untuk share.